Watch "Indah Dewi Pertiwi - Di Atas Satu Cinta (Ost. Surga Untukmu) -lirik-" on YouTube
M0ga terhibur :)
Rasulullah s.a.w bersabda yang
maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul
daging (segumpal darah),
jika baik maka baiklah seluruh anggota
dan jika rosak maka rosaklah seluruh
anggota, itulah hati."
Bukhari dan Muslim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian
alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti
baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya.
Penyakit yang paling sukar diubati
adalah penyakit hati manusia. Jika hati
manusia sudah sakit dan pemilik hati
tersebut tidak tahu bahawa hatinya
berpenyakit maka sukar untuk di ubati.
Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang
sakit dan berusaha untuk mencari
penawarnya maka ianya satu petanda
bahawa ubat yang dicari akan ditemui
dan insya Allah hati tersebut akan dapat
di ubati dan akan menngalami
penyembuhan.
Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang
perlu dilakukan supaya hati kalian dapat
dirawat dan terhindar daripada penyakit
hati. Perkara-perkara tersebut adalah
seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah
SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus
(menyelidik) makna dan maksud-maksud
ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan
amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon
ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas
kepada Allah SWT dan mengharapkan
keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat
berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT
menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa
terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT
dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan
pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada
perkara-perkara yang diharamkan Allah
SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati
mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada
Allah SWT atas segala nikmat yang
dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan
bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan
orang-orang soleh yang boleh dijadikan
teladan.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita beramal dengan
18 perkara di atas yang akan
mendekatkan hubungan hati kita dengan
Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan
amal dan istiqamah dengan jalan yang
hak. Hanya hati yang bersih, mulia,
sejahtera dan ikhlas akan dapat
memasuki syurga Allah SWT yang bebas
daripada penyakit-penyakit hati.
ﻰَﻠَﺑ ْﻦَﻣ َﻢَﻠْﺳَﺃ ُﻪَﻬْﺟَﻭ ِﻪّﻠِﻟ
َﻮُﻫَﻭ ٌﻦِﺴْﺤُﻣ ُﻪَﻠَﻓ ُﻩُﺮْﺟَﺃ َﺪﻨِﻋ
ِﻪِّﺑَﺭ َﻻَﻭ ٌﻑْﻮَﺧ ْﻢِﻬْﻴَﻠَﻋ َﻻَﻭ
ْﻢُﻫ َﻥﻮُﻧَﺰْﺤَﻳ
(Tidak demikian) bahkan barang
siapa yang menyerahkan diri
kepada Allah, sedang ia berbuat
kebajikan, maka baginya pahala
pada sisi Tuhannya dan tidak ada
kekhawatiran terhadap mereka dan
tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)
saya telah ditawarkan utk menikahi seorang gadis yang sejak berumur 9 tahun berpurdah,tak pernah dilihat lelaki kecuali ayah dan abangnya,tak pernah bercakap dgn lelaki bkn mahram jauh skali bergayut mlm2,tak pernah keluar rumah tanpa bapa/ abangnya,tak pernah keluar rumah atas hajat2 yg bukan darurat,sejak kecil smpai besar cuma 'home schooling' diajar oleh ayahnya dan abangnya yg kedua2nya maulana,pakar menjahit dan memasak yg dipelajari dari ibunya,sejak lahir tidak pernah guna handphone,tv,internt jauh skali fb,tidak pernah bercinta luar nikah jauh skali berzina walaupun zina mata,dan yg paling menggetarkan hatiku...dia adalah keturunan rasulullah.............................. ku sangkakan ciri2 isteri yg ku mahu spti terukir dlm blogku itu cuma 'mimpi' di siang hari, rupa2nya bidadari itu wjud utk penuhi, ruang paling sunyi dlm hati ini, yg telah ku sediakan utk insan bernama isteri... dengan izin allah,walinya telah menawarkan 'bidadari' itu kepada ku smlam dan sy telah ziarah ke rumahnya utk melihat wajah dan tapak tgnnya 'bidadari' itu........ saat dia bukak purdahnya depanku,menangis aku di hadapannya....tapi di tak perasan kot sbb dia tnduk malu tak pndang langsung aku... sekarang aku bersumpah dengan nama allah,sesungguhnya sesungguhnya,sesungguhnya,sesungguhnya maha benar firman allah bahawa "LELAKI BAIK UNTUK PEREMPUAN BAIK",KITA BETULKAN AMAL KITA,MENANGIS RINDUKAN NABI,KITA PEGANG SUNNAH WALAUPUN DICACI,MENANGIS MELIHAT KEROSAKAN UMAT,RISAUKAN AKHIRAT,MAKA ALLAH AKAN KURNIAKAN SYURGA KEPADA KITA SEJAK DI DUNIA LAGI......
*dikongsi cerita ini oleh seorang hamba Allah yang telah pergi bertemu denganNYA..
(ARWAH AFIFI) al-fatihah..